Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA "PAS UNTUK SEMUA, PAS MENJANA UMMAH TERBAIK"

Tuesday, June 28, 2011

Integriti Ulama

"BERJUANG UNTUK MENDAULAT KAN ISLAM DAN NEGARA YANG ADIL SERTA NEGARA YANG BERSIH DAN BEBAS RASUAH"

Salah satu perkara utama yang sering menjadi perhatian masyarakat dalam sesebuah negara Islam ialah sejauh mana dua golongan yang amat berpengaruh iaitu ulama’ dan umara’ berperanan memperkasakan ummah. Menurut hadith yang diriwayatkan daripada Abu Naim bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama’ dan umara’’.
Secara ringkasnya dalam konteks umat Islam di rantau ini ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan memahami agama secara mendalam. Tanpa ulama’ semua orang akan menjadi jahil dan akan bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata. Kerana itu para ulama’ merupakan anugerah besar buat umat manusia bagi membimbing mereka ke jalan yang benar.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
“ Bandingan para ulama’ di bumi ini samalah seperti bintang-bintang di langit yang dijadikan pedoman dalam kegelapan di laut dan di darat. Kalau bintang-bintang itu pudar maka mereka yang berpandukannya nyaris sesat ”.
Manakala umara’ pula merujuk kepada pemerintah yang memimpin sesebuah masyarakat. Tanpa pemerintah, masyarakat menjadi kacau bilau. Malah ajaran Islam dan syariah tidak akan dapat dilaksanakan. Imam al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
“ Sesungguhnya penguasa atau pemerintah yang adil itu adalah bayangan Allah di bumi yang menjadi tempat berlindung bagi setiap orang yang dizalimi”.

Menjelaskan betapa berat peranan sebagai umara’ ini, Khalifah Umar ibnu al-Khattabpernah memberi nasihat dan peringatan kepada Abu Musa al-Asy’ari, Gabenor Mesir ketika itu bahawa:
“ Penguasa yang paling berbahagia ialah mereka yang rakyatnya merasa bahagia hidup di bawah pemerintahannya. Sementara penguasa yang paling celaka pula ialah mereka yang rakyatnya merasa celaka hidup dibawah pemerintahannya. Ingat jangan hidup bermewahan kerana para pegawai kamu akan meniru kamu. Bandingkan diri kamu sama seperti binatang ternakan. Apabila binatang itu dibawa ke padang rumput yang menghijau ia akan makan banyak sehingga menjadi gemuk. Kegemukannya itu akan menjadi sebab kepada kebinasaannya kerana ia akan disembelih untuk dimakan”.
Imam al-Ghazali ketika mengulas peranan ulama’ dan umara’ pada zamannya pula menyatakan bahawa:
“ Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama’ untuk melakukan kerja amar makruf dan nahi munkar tanpa mengira sangat tentang kekejaman pemerintah. Mereka percaya bahawa Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid kalau ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka itu ikhlas, bersikap jujur dan menyumbangkan tenaga semata-mata untuk menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya. Tetapi sekarang lidah para ulama’ telah menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Kalaupun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang dicakapkan. Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah dan pemerintah rosak kerana ulama’. Sementara ulama’ pula rosak kerana tamak harta dan pangkat”.

Berdasarkan hadith-hadith dan pandangan tokoh-tokoh ulama’ tersebut ternyata terdapat kebimbangan bahawa kelemahan integriti atau kekurangan sifat amanah, kejujuran, keikhlasan dan jatidiri di kalangan ulama’-umara’ itu akan menjejaskan kekuatan ummah. Oleh kerana itu berdasarkan pemerhatian mimbar isu-isu integriti inilah yang menimbulkan ketegangan hubungan di antara ulama’ dengan umara’ dan ulama’-sesama ulama’. Persoalan besar timbul ialah apakah kaedah untuk mengukuhkan dan mempertingkatkan integriti ulama’ dan umara’.
Firman Allah SWT dalam surah an- Nisaa’ ayat 59 maksudnya:
“ Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Berdasarkan ayat ini jelas Allah mencabar dan memberi peringatan jika kita beriman, maka rujuklah dan berpeganglah dengan al-Quran dan sunnah untuk mencari jalan penyelesaian dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan ummah.
Islam adalah agama yang mewujudkan sistem cara hidup menyeluruh kepada manusia dari segi akidah, syariah, akhlak, politik, ekonomi, dan sosial yang berkait rapat satu sama lain. Sistem cara hidup ini mempengaruhi pembangunan duniawi dan ukhrawi manusia. Dengan demikian kerjasama dan hubungan harmoni ulama’ dan umara’ akan membantu memperkasakan ummah dan menentukan negara berada di landasan yang selari dengan Siasah Shar’iyah. Memang disedari bahawa bidang kuasa ulama’ di negara ini adalah terbatas berbanding bidang kuasa umara’ yang luas. Oleh itu, walaupun tinggi integriti ulama’, dan hebat kewara’kan ulama’ tetapi keputusan terakhir merancang dan melaksanakan pembangunan umat dan negara terletak di bawah bidang kuasa umara’.
Selari dengan tanggungjawab ulama’, maka menjadi tanggungjawab bersama mengingatkan bahawa ulama’ tidak boleh berdiam diri dalam memperjuangkan hak-hak kepentingan Islam dan menyelesaikan masalah ummah. Suara ulama’ sentiasa ditunggu dan diperhatikan oleh masyarakat Islam yang cintakan agamanya.
Firman Allah SWT dalam surah Faathir ayat 28 maksudnya:
Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah ulama’ (orang yang berilmu).”
Mimbar amat yakin langkah umara’ atau pemerintah menjemput ulama’ dalam membincangkan isu-isu negara dari masa ke masa adalah selari dengan tuntutan Islam.
Adalah diseru ulama’-umara’ yang berada di kampung-kampung dan di bandar-bandar serta sidang jemaah sekalian dalam usaha memperkasakan ummah, marilah kita mewujudkan dan mengekalkan integriti berdasarkan syor seperti berikut:
  1. Bercakap benar dan mengakui kesilapan,
  2. Mengamalkan apa yang dicakapkan,
  3. Menunaikan janji dan komitmen yang dibuat,
  4. Bersedia menanggung risiko dalam usaha mempertahankan pendapat; dan
  5. Tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri.
Maksudnya: “Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya. Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan)”. (Sural Huud: 15-16)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, June 21, 2011

Yuran Sekolah, kata tak perlu bayar??????

"BERJUANG UNTUK MENDAULAT KAN ISLAM DAN NEGARA YANG ADIL SERTA NEGARA YANG BERSIH DAN BEBAS RASUAH"


21hb,6.2011,pukul 10.30 pagi pusat khidmat kami N49,Kg Gajah,Perak,telah didatangi seorang tetamu wanita dan memperkenalkan nama Suhaila.Anak 5,2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah ,suami keje kilang dengan pendapatn Rm500 sebulan katanya.[betul ke gaji dia 500]

tujuan datang untuk minta bantuan bayaran yuran anak yang tertangguh dan surat pemberitahuan meminta untuk bayar sebelum 29hb.Sebelum ni ,awal thun kami telah memberi beliau sebanyak Rm200,di ikuti bulan 2 sebanyak Rm50 dan pakaian baru untuk anak2nya.Jadi tadi kami ambil kesimpulan cuma memberi sebanyak Rm20 saje dan memberi dia 2 jalan penyelesaian.Pertama minta kepada Kebajikan Masyrakat dan Baitul Mal..dia kata dah memohon tapi tak lulus.Ke 2,menyarankan pergi terus kepada pusat khidmat Dun DR Wan Asyikin,dia kata belum. Jadi kami suruh beliau berjumpa,mengadu hal dan memohon bantuan untuk pekara tersebut.
Kami telah menerangkan kepada beliau yang YB Dr Wan lah sepatutnya tempat beliau mengadu dan memohon,sebab beliau telah di pilih, di undi dan di beri kepercayaan untuk meneraju Kg Gajah bagi segala2nya..ksesusahan,kepayahan,kemiskinan dan segala2nya.Juga peruntukan ada untuk warga yang memerlukan seperti ni,bukan sikit tapi banyak,bukan untuk setahun tapi untuk setiap bulan,bukan untuk orang kaya tapi untuk orang yang memerlukan,bukan untuk kroni tapi untuk semua penduduk N 49 Kg gajah.